Dah lama aku plan nak luahkan pasal benda ni. tapi terbantut sebab apa pun aku tak tahu.
dah beberapa kes yang aku dengar sama ada secara sengaja atau tak sengaja. benda ni memang buat aku rasa menyampah dan rasa sangat lah seperti bodoh.
sekarang memang dah jadi trend untuk budak zaman sekarang untuk memblogging. macam mana trend ni start pun tak tahu. apa tujuan pun tak tahu. tapi yang aku tahu, blog ni memang ruangan untuk seseorang itu untuk menulis dan meluahkan apa yang dia rasa. tengok jugak la apa motif seseorang itu buat blog. ada yang memang untuk ruangan peribadi, ada untuk mempromosikan barang atau menjadikan itu sebagai official web untuk sesuatu benda. suka hati mereka lah. jadi yang membaca tu pun mesti la ada batas dan adatnya juga kan? kalau nak maki hamun semua tu, tak tahu la aku. tapi yang aku agak terkejut dan agak panas telinga dan hati adalah bila ada makhluk sorang tu dah selesai baca entri orang, dia pergi print kan blog tu atau sesuatu entri tu dan bagi kat orang. nak report tentang penulis tu. eh, apa tujuan huh? aku tak faham kenapa. orang tu hanya meluahkan pendapat, perasaan, rasa tak puas hati dan segalanya. itu blog dia. itu ruang dia. yang membacanya pun hanya lah seorang pembaca yang sememangnya tak de hak untuk print entri tu dan berikan kepada orang untuk mengadu dan menjatuhkan si penulis. ada masalah otak ke? tak tahu la kalau orang tu dengki ke apa ka, terasa sangat dengan apa yang dia tulis ke. tapi, bila fikir balik, dah la masuk blog orang, dah baca tu, nak menganaia orang tu pulak. aii.. tak tahu malu ke?
lagi satu kes pulak. di 'ruangan saya' atau pun myspace.(translation tu reka sendiri. hehe.) Aku sebenarnya rasa sangat kesian dengat seorang yang aku kenal. aku kenal je, tapi tak rapat dan tak pernah sembang pun.
Dia memang seorang yang cantik, ada gaya tersendiri dan minat yang tersendiri. apa yang dia buat kat diri dia pun sebab dia suka dan mesti la dah dapat restu parents. kalau tak, mesti la tak buat kan sebab benda tu sangat obvious. jadi, bila dia letak gamba dia dalam myspace. gmbar pun cantik. aku tak tahu la kenapa ada orang nak menganaia dia. orang tu tahu apa yang dia dah buat, warna rambut ke, peluk2 ngan laki ke, tindik situ, tindik sini. entah kenapa orang tu dengki sangat pergi report kat pihak sekolah. apahal entah. dengki sangat ke? tak puas hati? biarkan je la. dia dengan hidup dia, kau dengan hidup kau. guru disiplin yang konon nya bertanggungjawab sangat la tu pergi maki maki dia ni. kesian dia. dah la dia dah insaf(boleh la). rambut dah hitam balik, potong pendek, yang tindik tu ada, tapi tak le pakai subang yang besar2. pergi sekolah pun pakai tudung, manis je. cikgu tu dok marah marah maki sesuka hati padahal tak sedar yang kat sekolah tu ramai lagi budak yang lagi teruk. lagi dasyat. kenapa nak lepas kat dia? dan ugut cakap, 'kalau ada budak yang saya jumpa perangai buruk macam ni, saya akan cari awak'. gila ke? then tuduh bawak budaya buruk kat sekolah. deeyyy!! kalau nak kata budaya buruk tu, pergi la maki MTV ke, amerika syarikat ke. budaya punk, hardcore, emo and whatever the shit is bukan nya budak tu yang bawak. ni nak marah budak camni buat apa? kalau dia betul dah berubah, dunia tak semestinya berubah. budak kat sekolah tu pun tak semestinya berubah.
kesian betul. aku rasa bengang jugak la. ada jugak orang yang tak sedar diri. dia mintak nak jadi friend kat myspace tapi tujuan nya nak menganaia orang. hey~ pergi mati la.
sudah. cukup.
Someday Im In Critical Acclaim
6 beberapa hari yang lalu

0 comments:
Catat Ulasan